*KESILAPAN-KESILAPAN YANG BESAR YANG BIASA BERLAKU YANG MENCACATKAN FATIHAH.*
1. Menukarkan huruf (ح) dengan huruf (ه) seperti kalimah (الحمد ، الرحيم ) dll.
2. Menukarkan huruf (ع) dengan huruf ( أ ) seperti kalimah ( العالمين ، أنعمت ) dll.
3. Menukarkan huruf ( أ ) dengan huruf (ع) seperti kalimah (أنعمت )
4. Menukarkan huruf (ق) dengan huruf (ك ) seperti kalimah (المستقيم )
5. Menukarkan huruf (ض) dengan huruf (د ) seperti kalimah (الضالين )
6. Menukarkan huruf (ر ) dengan huruf (غ) seperti kalimah ( الرحمن ، غير )
7. Meninggalkan salah satu tasydid dari 14 tasdid dlm fatihah seperti (اياك )
*KESALAHAN YANG TIDAK MENCACATKAN BACAAN DI SUDUT ULAMA' FEQAH (BERERTI MASIH SAH BACAANNYA) TETAPI DIKIRA SALAH MENURUT QURRA'. (KURANG FASIH)*
*Kesalahan dalam Ayat Pertama. (basmalah)*
1. Menyebut huruf (س) dengan qalqalah dalam kalimah (بسم) sedangkan ia bukan huruf qalqalah.
2. Membaca dengan tebal huruf (ب) pada kalimah (بسم) sedangkan ia huruf 'istifal' bukannya 'isti'lak.
3. Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله ) dengan sebutan hampir kepada 'imalah shughra' ataupun 'taqlil' (Imalah kubra)
4. Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله ) dengan tebal atau tafkhim.
5. Menyebut huruf (ه) dalam kalimah (الله ) dengan sebutan yang tidak sempurna sampai ke makhrajnya.
6. Membaca dengan 'idkhal' (panjang) di antara huruf (ه ) dan huruf ( ر ) yang bertasydid dalam kalimah ( الله الرحمن )
7. Memanjangkan bacaan ketika tasydid ( ر ) di dalam kalimah (الرحمن ) sehingga seolah-olah ia menambahkan huruf (ر) tersebut.
8. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن ) dengan sebutan hampir kepada 'taqlil'.
9. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan tebal atau dengan loghat-loghat tertentu. (Loghat-loghat banyak sekali mempengaruhi bacaan seseorang)
10. Menyebut huruf (ح) dalam kalimah (الرحيم ) seolah-olah berbaris 'fathah'.
11. Membaca seolah-olah mentasydidkan huruf (ح) pada kalimah (الرحيم ) dan lain-lain.
*Kesalahan dalam Ayat 2.*
1. Membaca huruf (ل) dengan dengan ‘qalqalah’ pada kalimah (الحمد )
2. Menebalkan (membaca dgn bacaan yang kasar) huruf (ل) pada kalimah (الحمد )
3. Membaca huruf (ح) dengan tebal pada kalimah (الحمد )
4. Membaca huruf (م) dengan qalqalah pada kalimah (الحمد )
5. Membaca dengan 'ikhtilas’ (sebutan cepat) dhammah (tidak sempurna sebutannya dengan tidak dimuncungkan sedikit bibir kehadapan) pada huruf (د) dalam kalimah (الحمد ). Ini merupakan kesilapan yang sangat banyak berlaku.
6. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yang seakan-akan ‘taqlil’ (Imalah kubra).
7. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yang kasar atau dengan loghat-loghat tertentu.
8. Tidak menjelaskan sebutan huruf (ه) pada kalimah (لله)
9. Tidak men ‘tafkhimkan’ (menebalkan) huruf (ر) pada kalimah (رب)
10. Membaca huruf (ل) dengan qalqalah pada kalimah (العالمين)
11. Menyebut huruf (ع) dengan suara yang datang dari hidung.
12. Menyebut huruf (ع) dengan ‘isti’lak (tebal) pada kalimah (العالمين)
13. Mendengungkan bacaan pada ‘mad ‘aridh lissukun’ pada kalimah (العالمين)
*Kesalahan dalam ayat 3.*
1. Kesalahan ayat ketiga sama dengan akhir ayat pertama.
*Kesalahan dalam ayat ke 4*.
1. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yang kasar.
2. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yang hampir kepada ‘Imalah’
3. Memanjangkan sebutan huruf Lin (و) pada kalimah (يوم) sedangkan huruf Lin hanya boleh dipanjangkan ketika waqaf sahaja.
4. Tidak memuncungkan bibir ketika menyebut huruf (و) kerana ia tidak sempurna jika tidak dimuncungkan sedikit bibir kehadapan.
5. Menyebut huruf (د) yang bertasydid dalam kalimah (الدين) dengan sebutan yang hampir kepada huruf (ت) kerana hampirnya makhraj keduanya.
6. Tidak sekata dalam memanjangkan mad Aridh Lissukun di akhir ayat ini dengan ayat sebelumnya.
7. Waqaf pada huruf (ن) dengan mendengungkannya
*Kesalahan dalam ayat ke 5.*
1. Kurang jelas tasydid dalam kalimah (اياك) . Adapun jika meninggalkan tasydid ia dikira kesilapan yang besar dan membatalkan Fatihah.
2. Huruf (ع) dibaca dengan menghidung sedangkan dengung atau ghunnah tiada kaitan dengannya. (ini antara kesilapan sebahagian besar orang melayu)
3. Huruf (ع) dibaca dengan tebal sedangkan ia bukan huruf isti’lak.
4. Tidak menyebut dhammah dengan sempurna pada huruf (ب) dan (د), iaitu membacanya seperti ‘ikhtilas’. Kerana kesempurnaan dhammah hanyalah dengan dimuncungkan sedikit bibir ke hadapan, jika tidak ia dikira ikhtilas.
5. Membaca seolah-olah ada tasydid pada huruf (ء) di dalam kalimah (واياك). Sebutannya seperti “wak, iyyaka”.
6. Menyebut huruf (س) dengan sebutan hampir atau menyamai (ص) di dalam kalimah (نستعين)
7. Tidak sekata di dalam mad ‘aridh lissukun dengan ayat sebelumnya.
*Kesalahan dalam ayat ke 6.*
1. Huruf (ن) di dalam kalimah (اهدنا) dibaca dengan tebal kerana terpengaruh dengan huruf isti’lak selepasnya.
2. Mengisymamkan huruf (ص) (memuncungkan bibir) di dalam kalimah (الصراط)
3. Menyebut kasrah (ص) di dalam kalimah ( الصراط ) dengan sebutan yg hampir kepada dhammah.
4. Menyebut huruf (س) di dalam kalimah (المستقيم) dengan sebutan yg hampir kepada (ص)
5. Menebalkan huruf (ت) dalam kalimah (المستقيم) kerana terpengaruh dengan huruf selepasnya.
6. Keterlaluan di dalm menebalkan huruf (ق) , sedangkan ketebalannya di tahap yang rendah.
7. Tidak sekata di dalam mad aridh lissukun dengan ayat sebelumnya.
*Kesalahan dalam ayat ke 7.*
1. Meng 'isymamkan' (memuncungkan bibir) ketika menyebut huruf (ص) dalam kalimah (صراط)
2. Menyebut huruf (ر) yang berbaris fathah dengan ketebalan yang melampau seolah-olah hampir kepada dhammah dengan dimuncungkan mulut kehadapan. (Ada sebahagian qari tersilap dengan menggalakkan cara demikian).
3. Menebalkan huruf (ل) dalam kalimah (الذين)
4. Membaca dengan 'qalqalah' pada izhar halqi dan izhar syafawi dalam kalimah (أنعمت)
5. Membaca izhar halqi dan izhar syafawi dengan memutuskan bacaan seperti 'saktah'
6. Membaca dengan seolah-olah ada tasydid pada huruf (ع) dalam kalimah (انعمت عَّليهم)
7. Tidak membaca kasrah dengan tepat pada (عليهم) dengan sebutan seperti "'alaihem"
8. Tidak menebalkan huruf (غ) dalam kalimah (غير) dan (المغضوب)
9. Menebalkan huruf (م) dalam kalimah (المغضوب) kerana terpengaruh dengan huruf tebal selepasnya.
10. Tidak jelas dalam menyebut izhar syafawi pada huruf (م) dalam kalimah (عليهم ولا)
11. Menebalkan huruf (ل) dalam kalimah (ولا الضالين)
12. Meninggalkan "istithalah" pada huruf (ض)
13. Tidak cukup kadar panjang mad lazim iaitu 6 harakat.
14. Dan lain-lain
*Wallahua'lam*
*Rujukan :*
1. Nihaayatul Qaulil Mufiid, Syeikh Muhammad Makki Nasr
2. Taqwiimul Lisaan bi Tilaawatil Qur aan, Syeikh Ibrahim Muhammad Al-Jirmi
3. Ilmut Tajwiid, Syeikh Dr Yahya Al-Ghauthaani.
4. Pengalaman bertalaqqi dengan guru-guru
No comments:
Post a Comment